Selasa, 14 September 2010

Assalamualaikum

Saya menulis di dalam blog ini adalah semata-mata ingin memartabatkan Islam bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia Insya-Allah. Saya melihat situasi Islam di negara ini kebelakangan ini agak menggusarkan apabila terdapat golongan-golongan tertentu yang mewakili Islam begitu keras dalam memberikan pendapat. Mereka dilihat sebagai wira Islam tetapi dalam masa yang sama sebagai pemusnah kemaslahatan Islam itu sendiri terutamanya di dalam negara Malaysia yang berbilang kaum ini.

Saya khuatir sekiranya Islam itu ditegakkan oleh golongan-golongan konservatif termasuk ulama-ulama yang hanya banyak menggunakan teori yang tidak praktikal, maka Islam akan terus dilihat jumud bukan sahaja dari kaca mata bukan Islam malah dari kaca mata kebanyakan orang Islam itu sendiri. Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk menulis dengan ilmu saya yang terbatas ini bagi memuliakan Islam dan meletakkan Islam itu pada tempatnya. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan